Tuesday, December 28, 2010

Selamat Datang 2011

Kalau tidaklah kerana ketentuan Allah pada kewujudan diri ni, tentulah tiadalah insan yg bernama AKU ini. Walaupun sering berhadapan dengan pelbagai ujian rupa-rupanya memang itulah tujuan AKU ini diwujudkan. Penemuan setelah sekian lama mencari diri ni. Melalui pembacaan, soal jawab dan segala macam cara lagi. Rupanya bukan mudah mengenali diri sendiri.

Untuk tahun 2011 yang akan menjelma tak lama lagi, aku ingin sekali menambah makna dalam hidup ni. Sementara masih diberi peluang bernafas ni. Melakukan sebanyak-banyaknya perkara yang baik untuk diri sendiri, suami, anak2, keluarga, pekerjaan, masyarakat dan yang paling penting agama. Oh Allah, permudahkan urusan hamba ini.

1) Nak meningkatkan usaha mengambil semangat dari ayat Allah "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari Api Neraka" untuk pedoman hidup sekeluarga.
2) Kagum dan agak cemburu dengan semangat rakan kenalan yang mendedikasikan diri mereka pada tugas mulia seperti aktiviti sukarelawan, InsyaAllah akan cuba cari ruang dan peluang.
3) Membuatkan anak-anak memahami kepentingan kita umat Islam untuk berjaya dalam pelajaran. Bukan sekadar nak dapatkan jawatan tinggi tp bersemangat untuk menyumbang semula kepada masyarakat amnya atau agama khususnya.
4) Menjaga kesihatan, akhlak dan penampilan diri (pandangan Allah lebih penting)
5) Meningkatkan byrn zakat. tak yah income tax... ;)
6) Banyakkan lagi menyimpan untuk hari tua

No comments: